Oleh Zanyra Dawoud
JENAMA terkemuka Dolce & Gabbana (D&G), memang cukup sinonim dengan pelbagai rekaan menarik dan menjadi pilihan kepada barisan selebriti terkemuka.
Kini, jenama tersebut sekali lagi turut mengeluarkan rangkaian fesyen yang bertemakan glamor berdasarkan beberapa tarikan popular di Amerika Syarikat (AS).
Pelbagai bahan fabrik yang digunakan pada koleksi busana yang ditampilkan seperti wool, sequins, cotton dan sebagainya.
Di samping itu, pereka ini juga cukup bijak dalam menggabungkan setiap material ini menjadi pelbagai busana seperti gaun malam, seluar, kot, skirt dan juga seluar panjang.
Variasi gaya glamor yang ditampilkan dalam koleksi terbaru yang setentunya dapat memberikan gaya elegan, anggun dan kekal feminine.