Tuesday, August 9, 2022
26.8 C
Brunei

Tampil jayakan penyelidikan antibodi

-

Oleh Salawati Haji Yahya
Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 DIS – Kajian penyelidikan antibodi peneutralan yang dilaksanakan bersama Universiti Brunei Darussalam, Duke-NUS Medical School Singapura dan EVYD Technology setakat ini menyaksikan 490 orang telah memberikan persetujuan.

Manakala seramai 1,188 orang telah memberikan respons terhadap kajian bertujuan memeriksa antibodi terha-dap vaksin yang memerlukan 3,000 orang sukarelawan.

Sehubungan itu, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar (gambar) menyeru lebih ramai orang tampil ke hadapan menyertai kajian ini.

Seruan itu dibuat semasa menjawab persoalan mengenainya pada sidang media jangkitan COVID-19 di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan hari ini.

Menurut Yang Berhormat Dato, daripada 1,188 respons yang diterima, hanya 490 orang setakat ini memberikan persetujuan.

“Kita mahu melihat respons antibodi penduduk terhadap vaksin ini dan melalui dapatan kajian ini juga, kita akan tahu keperluan vaksin seterusnya, dos penggalak dan sebagainya,” jelasnya.

Menurutnya, kajian ini diadakan bagi membandingkan perlindungan imuniti atau immunogenicity vaksin-vaksin tersebut.

Hasil dapatan daripada kajian itu akan dapat membantu dalam perangkaan strategi bagi program penggalak vaksin COVID-19 dan untuk mengoptimumkan strategi kesihatan awam dalam mengawal pandemik COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.

Kajian ini melibatkan penduduk di Negara Brunei Darussalam yang telah pun bermula pada 29 November 2021 dan dijangka akan diadakan selama beberapa minggu hingga minggu pertama atau kedua Januari 2022.

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Ershun lahirkan panda kembar

CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran...
- Advertisment -