Wednesday, March 26, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tampil kamera selfie 24MP

    AWAL bulan ini, Vivo telah melancarkan telefon pintar V7+ yang menampilkan kamera selfie 24MP dan denyaran depan ‘Moonlight Glow’ yang lembut.

    Peranti dua SIM ini menggunakan Funtouch OS 3.2 berasaskan Android 7.1 Nougat dan menonjolkan paparan IPS Incell ‘FullView’ HD (720×1440 piksel) 5.99 inci dengan nisbah bidang 18:9 dan perlindungan Corning Gorilla Glass 3 serta kaca melengkung 2.5D. Paparannya hampir tiada bezel di tepinya dengan bezel 2.15mm. Ia dikuasakan SoC Qualcomm Snapdragon 450 lapan teras yang dipadankan dengan RAM 4GB.

    Seperti yang telah disebutkan, Vivo V7+ dilengkapi kamera depan 24MP dengan apertur f/2.0, sensor 1/2.78-inci dan cahaya selfie lembut ‘Moonlight Glow’. Ia didatangkan dengan kamera belakang 16MP dengan apertur f/2.0 dan denyaran dual-LED.

    Peranti ini menonjolkan storan dalaman 64GB yang boleh ditambah menerusi kad mikroSD (sehingga 256GB).

    Pilihan sambungannya termasuk 4G VoLTE, Wi-Fi, Bluetooth v4.2, GPS/ A-GPS, Micro-USB, jek audio 3.5mm dan radio FM. Sensor-sensor pula termasuk akselerometer, sensor cahaya ambien, kompas digital dan sensor kedekatan.

    Ia mempunyai ukuran 155.87×75.47×7.7mm dan berat 160g serta disokong dengan bateri 3225mAh. Syarikat itu juga mengetengahkan cip AK4376A Hi-Fi Audio.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda