Sunday, April 20, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tampilkan barisan Mercedes-AMG

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Sepuluh model Mercedes-AMG telah ditampilkan dalam pameran yang diadakan oleh Jati Transport selaku pengedar tunggal kereta Mercedes-Benz, hari ini.

    Model-model yang dipamerkan terdiri daripada GT 53 Coupe empat pintu, GT Coupe, CLA 45 S, GLC 63 S Coupe, A35, A 35 Sedan, CLA 35, GLC 43 Coupe, GLC 43 dan GLE 43 Coupe.

    Kesemuanya menggunakan enjin yang ditala khusus oleh Mercedes-AMG, dengan perisian khas AMG untuk penghasilan prestasi tinggi. Ia dilengkapi dengan transmisi 9G-Tronic sembilan kelajuan yang sesuai dengan enjin V6.

    Dari coupe kepada SUV, barisan siri AMG ini menjanjikan kepuasan untuk mereka yang suka memandu kereta berprestasi tinggi yang mewah.

    Semasa pameran itu, Jati Transport juga mengadakan uji pandu bagi model AMG A35 yang merupakan sedan empat pintu.

    Antara model Mercedes-AMG yang dipamerkan.

    Ia dikuasakan enjin 4-silinder 2.0L turbo yang menjana kuasa 306hp dan tork 400Nm dengan transmisi dwi-klac AMG Speedshift DCT 7G, serta memberikan pecutan 0-100kmj dalam masa 4.8saat dengan mod Race-Start.

    Mercedes-AMG A35 Sedan menampilkan pakej luaran AMG Line dengan pilihan rim aloi AMG 5-jejari 19 inci, gril radiator dengan ram berkembar dan elemen kemasan krom, manakala versi agresif pakej AMG Aerodynamics menawarkan aksesori seperti spliter depan dan spoiler belakang.

    Mercedes-AMG A35 4MATIC Sedan menawarkan tinggi ruang dalam 944mm dan kapasiti but 420 liter dengan bukaan but selebar 950mm yang memudahkan operasi memunggah barang.

    Ruang kabin mengekalkan sistem infotainment MBUX (Mercedes-Benz User Experience) dengan panel paparan lebih lebar dan sistem pengaktifan suara.

    Ciri-ciri AMG diserlahkan menerusi material upholsteri mikrofiber DINAMICA dengan sulaman benang merah yang boleh dilihat pada tali keledar.

    Ciri tambahan baharu termasuk konsol tengah AMG dengan pad sentuh dan punat tambahan untuk Program Stabiliti Elektronik (ESP) dan mod transmisi manual.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda