Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Tamu Gayo terima sambutan menggalakkan

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 3 JULAI – Orang ramai berduyun-duyun ke Taman Peranginan Kampung Sungai Mau, di mana Tamu Gayo Sungai Mau diadakan buat kali ke-4, hari ini.

    Sebagai salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Mukim (MPM) Bukit Sawat, Tamu Gayo merupakan acara dinanti-nantikan yang mana ia bukan sahaja mengetengahkan jualan produk daripada pengusaha tempatan malah pelbagai pertandingan dan aktiviti menyeronokkan.

    Ketua Kampung Bukit Sawat, Awang Muhammad bin Abdullah ketika ditemui menjelaskan bahawa sambutan bagi Tamu Gayo tahun ini adalah sangat menggalakkan kerana banyak aktiviti yang dianjurkan oleh MPM Bukit Sawat serta majlis perundingan mukim dan kampung lain terpaksa ditangguhkan disebabkan pandemik global.

    “Dengan pembatalan sekatan, kami kini dapat menganjurkan Tamu Gayo yang sangat dinanti-nantikan hari ini,” tambahnya. Dengan lebih 30 petak disediakan, Awang Muhammad menekankan sambutan yang menggalakkan dalam penyertaan usahawan tempatan dan kampung-kampung yang mempunyai Satu Produk Satu Kampung (1K1P).

    “Daripada kraf tangan 1K1P hingga ikan-ikan yang ditangkap oleh penduduk kampung di kawasan ini dan banyak lagi, Tamu Gayo menyediakan banyak produk yang merupakan hasil penduduk dan usahawan tempatan,” tambah beliau.

    Suasana Tamu Gayo yang diadakan di Taman Peranginan Kampung Sungai Mau, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...