Tuesday, September 27, 2022
22.3 C
Brunei

Tamuneka mingguan Tudong Saji kini rancak

-

Oleh Daniel Lim

BELAIT, 18 SEPT – Tamuneka mingguan di Kuala Belait, di mana pelbagai buah-buahan tempatan, sayur-sayuran dan barangan dijual, kembali diadakan oleh Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria bermula awal minggu lalu berikutan penutupannya disebabkan pandemik global awal tahun lalu.

Media membuat tinjauan ke tamu berkenaan awal ming-gu ini untuk menyaksikan perkembangannya.

Salah seorang penjaga gerai yang ditemui, Anisah HB meluahkan kegembiraannya kerana dapat membuka gerai keluarga mereka di kawasan itu, memetik kemudahan-kemudahan lebih baik yang disediakan serta terbuka.

“Keseluruhannya, ia adalah pengalaman perniagaan yang menyeronokkan bagi kami
yang juga dapat dilihat dalam kalangan pelanggan yang berkunjung dalam masa dua minggu kami berada di sini,” ujarnya.

Dalam membantu bapanya menjaga gerai selama beberapa bulan, beliau berharap untuk terus membuka gerai mereka setiap minggu bagi menjual produk mereka.

ATAS & BAWAH: Tamuneka mingguan kini dibuka semula di Tudong Saji, Kuala Belait setiap Sabtu dan Ahad.

Seorang lagi peniaga, Hee Siang Heng juga menyuarakan kegembiraannya dengan perubahan ke premis lebih besar Tudong Saji.

Beliau menambah, dengan Tamuneka beroperasi pada hujung minggu, beliau melihat lebih ramai pelanggan, terutamanya ekspatriat dan pekerja, yang membantu merangsang perniagaan mereka.

Sementara menyatakan bahawa ruang yang disediakan adalah kecil berbanding di Seria, beliau berkata ia masih memberikan pengalaman perniagaan yang lebih baik dan selesa bagi semua yang terlibat dan akan terus beroperasi di Kuala Belait dan Seria.

Tamuneka mingguan berkenaan terletak di Tudong Saji, Jalan Setia Diraja, Kuala Belait dan akan diadakan setiap Sabtu dari 2 petang hingga 6 petang dan Ahad dari 6 pagi hingga 11:30 pagi.

Sementara itu, Tamuneka di Seria akan terus beroperasi pada setiap Khamis dan
Jumaat sahaja.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas bot terbalik, ragut 24 jiwa

DHAKA, 25 SEPT – Sekurang-kurangnya 24 orang lemas manakala 24 lagi masih hilang selepas bot yang sarat membawa penganut Hindu terbalik di sebuah sungai...
- Advertisment -