Tanah bersalji Serbia hasil cili paling pedas di dunia

NISKA BANJA, SERBIA, 13 DIS – Turunan salji yang lebat di Serbia tidak menghalang Aleksandar Tanic daripada memetik tanaman pedas membakarnya, cili berkedut yang dianggap rempah paling pedas di dunia.

Di pangkalan sebuah gunung selatan Serbia, Tanic memetik cili berwarna merah, kuning dan jingga daripada barisan pokok berdaun lebat di rumah hijau yang atapnya diselimuti lapisan salji.

Di antaranya adalah cili Carolina Reaper yang montel dan berbonjol-bonjol, dianggap sebagai cili paling pedas, menurut Guiness World Records.

Dihasilkan di Selatan Carolina, ia mempunyai 1.6 juta unit kepedasan dalam ‘skala Scoville’ yang mengukur kepedasan cili.

Meskipun musim sejuk Serbia, Tanic berkata dia tidak ada masalah menanam cili di tanah Gunung Koritnyak di bandar Niska Banja.

“Kami mempunyai iklim yang baik di sini,” kata bekas juruelektrik berusia 36 tahun.

“Saya tidak tahu kenapa tetapi cili ini lebih bagus dan besar dan mungkin lebih pedas di sini.”

“Saya biasa memakan makanan pedas sebelumnya dari Amerika Syarikat, Caribbean, Selatan Amerika dan Asia namun saya menyedari saya tidak pernah merasa kepedasan yang sebenar,” ujar Tanic.

Dengan bantuan ayahnya Svetislav dan seorang rakan, Tanic kini menanam kira-kira 15 varieti termasuk Trinidad Moruga Scorpio yang memiliki 1.2 juta unit kepedasan, Seven Pot Habanero dan Mustard Habanero. – AFP

Aleksandar Tanic ketika memetik cili paling pedas di rumah hijau. – AFP