Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Tanah runtuh, 11 maut

    JAKARTA, 6 MAC – Seramai 11 orang terbunuh manakala puluhan lagi hilang selepas hujan lebat dan tanah runtuh melanda salah sebuah pulau paling jauh di Indonesia hari ini, kata agensi bencana negara itu.

    Jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan, Abdul Muhari berkata di Kompas TV, berdasarkan maklumat terkini daripada pegawai tempatan di Kepulauan Riau, ‘11 beg mayat telah diisi’ dan ‘50 lagi dianggarkan hilang’.

    Gambar yang disediakan oleh agensi itu menunjukkan lumpur dan serpihan dari tanah runtuh telah meratakan dan menutupi rumah-rumah dekat tebing di pulau Serasan, antara Borneo dan tanah besar Malaysia.

    Hanya kelihatan bahagian bumbung logam yang koyak.

    Jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Kepulauan Riau, Junainah menambah, rangkaian komunikasi di kawasan terbabit terputus menyebabkan sukar untuk mendapatkan maklumat terkini.

    “Cuaca tidak menentu. Angin kencang dan ombak ketika ini tinggi,” kata pegawai itu, yang seperti kebanyakan rakyat Indonesia menggunakan satu nama.

    Muhari menambah akses ke pulau terpencil itu juga sukar dicapai pegawai penyelamat.

    “Biasanya ia mengambil masa lima jam dengan bot laju. Esok Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan akan mengerahkan helikopter untuk mempercepatkan proses penghantaran logistik,” katanya.

    Indonesia terdedah kepada tanah runtuh semasa musim hujan, bertambah teruk di beberapa tempat akibat penebangan hutan, dan hujan lebat yang berpanjangan telah menyebabkan banjir di kawasan yang berbeza di negara kepulauan itu.

    Banjir di daerah Banjar, di bahagian Indonesia di Borneo, telah menenggelamkan lebih 17,000 rumah dan menjejaskan kehidupan selama sebulan. – AFP

    Insiden tanah runtuh yang melanda kampung Pulau Serasan, keregenan Natuna, Indonesia pada 6 Mac. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...