Tanah runtuh akibat hujan di tengah China

BEIJING, 23 OGOS – Hujan lebat di tengah China telah mencetuskan tanah runtuh, gangguan bekalan elektrik dan rumah-rumah musnah, namun tidak ada kematian dilaporkan di rantau di mana bencana banjir telah meragut lebih 300 jiwa bulan lalu, kata kerajaan hari ini.

Hujan lebat pada Sabtu mengakibatkan pihak berkuasa bertindak menutup terowong dan beberapa jambatan di Zhengzhou, sebuah bandar di wilayah Henan di mana kira-kira 292 orang terbunuh akibat banjir pada Julai, menurut China News Service, memetik pegawai kerajaan. Ia berkata 95 kereta api penumpang di Zhengzhou telah dibatalkan.

Ia juga menyebabkan kerugian kepada para petani dan yang lainnya sekitar 450 juta yuan (AS$70 juta) di wilayah Shaanxi.

Kira-kira 25 lebuh raya juga ditutup di Henan, Shaanxi dan Sichuan, lapor televisyen kerajaan. – AP