Sunday, December 4, 2022
31.7 C
Brunei

-

Tanah runtuh di Bangladesh, 5 sekeluarga maut, seorang hilang

DHAKA, 21 Julai – Lima sekeluarga termasuk dua kanak-kanak maut dan seorang lagi hilang dalam kejadian tanah runtuh di kawasan kediaman di Bukit Chittagong, tenggara Bangladesh hari ini, lapor agensi berita China Xinhua.

Pegawai polis Tajul Islam berkata, kejadian berpunca daripada hujan lebat dan insiden itu adalah yang ketiga berlaku dalam tempoh kurang dua bulan.

“Semua mangsa ditemui terperangkap di bawah runtuhan dan anggota penyelamat mengambil masa sejam untuk mengeluarkan mayat mangsa,” katanya.

Menurut pakar, beberapa tahun kebelakangan ini, kawasan penempatan haram dan perumahan tidak dirancang, terutamanya di pinggir bandar menjadi antara punca peningkatan kejadian tanah runtuh dan bencana lain di lima daerah di Bukit Chittagong.

Selain itu, kawasan penempatan berkenaan sering menjadi tumpuan migran.

Jabatan meteorologi negara berkata, kawasan di Bukit Chittagong menerima curahan hujan sebanyak 378 milimeter dalam tempoh 12 jam.

Pada kejadian bulan lepas bencana sama mengakibatkan 153 orang terbunuh dan ratusan lagi cedera. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -