Tanah runtuh di Tajikistan ragut 8 jiwa

DUSHANBE, TAJIKISTAN, 12 MEI – Kerajaan Tajikistan hari ini mengatakan lapan orang maut manakala kebanyakan kediaman musnah dalam tanah runtuh di beberapa bahagian di negara itu susulan hujan lebat.

Tanah runtuh menjejaskan pergunungan Asia Tengah Tajikistan setiap tahun sekitar musim bunga, menyekat jalan raya penting di negara yang kekurangan infrastruktur pengangkutan dan memaksa keluarga untuk membina semula rumah dari asasnya.

Rantau selatan Khatlon paling teruk terjejas akibat tanah runtuh terbaru itu yang melanda kelmarin, bersama tiga orang terkorban di bandar wilayah Kulyab, menurut jawatankuasa kecemasan negara itu.

Kebanyakan mangsa yang maut berada dalam kenderaan mereka, kata jawatankuasa, memetik salah satunya adalah kanak-kanak berumur 10 tahun.

Tanah runtuh juga menjejaskan daerah perkampungan sekitar bandar Dushanbe.

Seorang lelaki dari sebuah kampung tidak jauh dari bandar itu terkorban semasa membawa ternakannya meragut rumput, “meskipun amaran berulang kali daripada jawatankuasa untuk tidak membawa ternakan meragut rumput,” kata jawatankuasa. – AFP