Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Tanah runtuh landa Bogor, 2 maut, 4 lagi hilang

    JAKARTA, 15 MAC – Dua orang maut dan empat lagi hilang selepas tanah runtuh melanda bandar Bogor berhampiran ibu negara Indonesia, Jakarta, kata pegawai kanan agensi pe-ngurusan bencana tempatan hari ini.

    Sebelas orang terselamat dalam kejadian tersebut yang melanda bandar itu pada 11:49 malam waktu tempatan kelmarin, beberapa orang daripada mereka mengalami kecederaan serius, kata Ahmad Maulana, pegawai media agensi pengurusan dan mitigasi bencana di bandar itu.

    “Hujan lebat mencetuskan tanah runtuh, enam rumah dan sebuah masjid musnah,” katanya kepada Xinhua menerusi telefon.

    Kejadian itu turut menjejaskan pengangkutan kereta api dari bandar Bogor ke daerah Sukabumi di wilayah Jawa Barat, menurutnya.

    Usaha mencari mangsa yang hilang sedang dijalankan.

    “Kami akan mencari mang-sa dengan usaha maksimum,” ketua pejabat mencari dan menyelamat Jakarta bernama Fazzli memberitahu Xinhua dalam satu pesanan teks. – Xinhua

    Gambar dari udara menunjukkan usaha pemindahan oleh pasukan penye-lamat untuk mencari mangsa-mangsa yang tertimbus dalam tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan lebat di Bogor, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...