Tanah runtuh ragut 20 nyawa di India

NEW DELHI, 9 Ogos – Sekurang-kurangnya 20 terbunuh hari ini dalam kejadian tanah runtuh disebabkan oleh hujan lebat di selatan India, kata pegawai, menjadikan angka kematian seluruh negara setakat ini lebih dari 700 orang.

Musim hujan, yang berlanjutan dari Jun hingga September, dijangkakan jutaan petani India tetapi hujan berterusan menyebabkan kematian dan kemusnahan setiap tahun. Tahun lalu, musim hujan telah meragut kira-kira 1,200 nyawa.

Di pantai negeri Kerala, yang menyaksikan lebih 70 maut setakat ini, hujan lebat sepanjang malam menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh yang memusnahkan banyak struktur.

“Beberapa pasukan penyelamat dan kecemasan dihantar ke daerah terjejas,” kata pesuruhjaya bantuan Kerala, P H Kurian. – AFP