Tanah susur: 9 maut di India

GAUHATI, India, 11 Julai – Gelongsoran lumpur ekoran hujan monsun yang memusnahkan rumah beratap besi di tepi bukit di timur utara India, telah mengorbankan kira-kira lapan orang kanak-kanak dan seorang wanita ketika mereka sedang tidur, menurut seorang pegawai kerajaan hari ini.

Sesetengah mereka dihanyutkan oleh air akibat banjir. Para penyelamat telah sampai ke kampung Tamenglong untuk membantu para penduduk lain, menurut Timbalan Pesuruhjaya Ravinder Singh. Kampung di negeri Manipur itu terletak hampir 600 kilometer selatan bandar negeri Assam, Gauhati.

Musim monsun Jun hingga September kerap membawa turunan hujan lebat yang mengakibatkan banjir dan tanah runtuh di India.

Mumbai yang ditenggelami air lumpur bagi hari ketiga, selepas banjir menjadikan beberapa jalan raya menjadi sungai dan orang ramai mengharungi air dalam paras lutut hingga pinggang.

Meskipun turunan hujan berhenti hari ini, Jabatan Meteorologi meramalkan lebih banyak turunan hujan lebat minggu ini.

Semalam, lebih 500 orang diselamatkan dari kereta api laju yang terkandas kerana landasan yang ditenggelami air. Pengangkutan awam terhenti beberapa jam dan beribu-ribu orang yang ulang alik terkandas di kawasan yang paling teruk terjejas. Penerbangan menuju Mumbai dan dari Mumbai juga tertangguh.

Bandar kewangan India berdepan dengan banjir monsun setiap tahun yang mengundang kritikan daripada orang ramai. – AP