Tuesday, August 16, 2022
23.6 C
Brunei

Tanah susur akibat musim hujan

-

Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan JBP

TEMBURONG, 27 JUN – Hujan yang kerap turun pada masa ini, dipercayai telah menyebabkan insiden tanah susur berdekatan Rumah Panjang Kampung Tanjung Bungar, Temburong pada lewat petang 25 Jun lalu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) dalam kenyataannya, di sini, hari ini, menyatakan enam orang anggota bomba serta sebuah jentera dari Balai Bomba Bangar yang diketuai oleh ASO Haji Yussof bin Haji Jerudin telah dikejarkan ke lokasi pada pukul 6:47 petang.

Turut hadir di lokasi kejadian ialah Stesen Komander Balai Bomba Bangar, SO Jamaludin bin Ahmad.

Menurut JBP, tanah susur sejauh 2 meter berhadapan rumah panjang berkenaan yang dipercayai disebabkan oleh keadaan cuaca aktif pada masa ini.

Anggota bomba dan penyelamat segera bertindak memasang empat helai kanvas di kawasan yang terjejas dan seterusnya memaklumkan perkara itu kepada pihak Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan bagi tindakan selanjutnya.

Dalam kejadian tersebut, tidak ada kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku.

JBP menyarankan orang ramai untuk memantau keadaan kawasan atau tanah sekeliling rumah mereka dan tanah bukit yang berdekatan, sentiasa bersedia untuk sebarang tindakan jika mendapati terdapat hakisan tanah yang mula menampakkan keruntuhan serta bagi keselamatan mereka, tinggalkan atau kosongkan rumah jika sudah ternyata membahayakan nyawa.

Anggota bomba memasang kanvas di kawasan tanah susur yang berlaku berdekatan Rumah Panjang Kampung Tanjung Bungar, Temburong, baru-baru ini.
Tanah susur berhadapan Rumah Panjang Kampung Tanjung Bungar dipercayai disebabkan keadaan cuaca aktif pada masa sekarang.

 

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Lelaki lepas 5 das tembakan di lapangan terbang ditahan

SYDNEY, 14 OGOS – Seorang lelaki bersenjata melepaskan lima das tembakan di lapangan terbang utama Canberra hari ini, menyebabkan penumpang melarikan diri tetapi tidak...
- Advertisment -