Monday, March 27, 2023
21.7 C
Brunei

-

Tanah susur: Penyelamat cari puluhan mangsa hilang

JAKARTA, 7 MAC – Penyelamat di pulau terpencil di Indonesia hari ini mencari puluhan mangsa yang masih hilang selepas kejadian tanah susur yang mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang, menurut pegawai bencana.

Cuaca buruk dan talian komunikasi yang terputus telah merumitkan usaha menyelamat di pulau Serasan, wilayah antara Borneo dan semenanjung Malaysia, yang mempunyai kira-kira 8,000 orang penduduk.

Gambar yang dikongsikan oleh agensi komunikasi dan maklumat, Natuna, menunjukkan rumah-rumah musnah, sementara pokok tumbang dan atap terbang dapat dilihat.

Beg mayat disusun di atas kain biru ketika pegawai berkumpul untuk mendoakan mangsa.

Abdul Muhari, jurucakap agensi mitigasi bencana kebangsaan (BN-PB), memberitahu penyiar tempatan Metro TV bahawa penyelamat telah menemukan 10 mayat di kawasan kejadian, sementara penduduk kampung menjadikan angka kematian kepada 15 orang.

“Enam mayat telah dikenal pasti, sementara empat lagi sedang dicam,” katanya.

Muhari berkata 42 orang masih hilang. Lapan yang sebelum ini hilang telah ditemui selamat, meskipun empat daripadanya kekal dalam keadaan kritikal. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -