YANGON – Dengan meletakkan sekalung bunga di kawasan kubur diraja, raja terakhir Myanmar akhirnya memenangi pengiktirafan awam selepas lebih daripada satu abad tersembunyi daripada paparan oleh bekas penjajah negara dan junta tentera.
Upacara yang suram untuk Raja Thibaw di Ratnagiri, barat India merupakan titik permulaan Myanmar kerana ia mengadakan satu identiti baru buat negara di bawah kerajaan yang pertama yang dipilih oleh dalam satu generasi.
Setelah selama setengah abad dalam kuasa pemerintah tentera, Ran an Orwellian telah menjalankan kempen Orwellian untuk menulis semula masa lalu dan meletakkan diri mereka sebagai penyelamat Negara.
Pada hari ini, pemahaman negara tentang sejarah mula berubah di bawah kerajaan muda Aung San Suu Kyi yang telah mengambil alih kuasa hampir setahun yang lalu.
“Pembelajaran sejarah di sekolah-sekolah adalah sejenis propaganda kerajaan,” kata pensyarah universiti tempatan, Than Htike Aung kepada wartawan AFP.

“Buku-buku teks tidak memberi akuan sejarah yang sebenar namun anda tidak boleh membaca tentang bagaimana junta merampas kuasa pada tahun 1962, pemberontakan 1988 dan revolusi 2007, Buddha yang diterajui oleh Saffron,” tambah Aung lagi kepada wartawan AFP.
Bekas keluarga kerajaan Myanmar telah menjadi sasaran utama dalam sejarah lama junta. Peristiwa disenyapkan dan monarki dibuang oleh pemimpin tentera yang turut merampas kempen pemerintahan yang dimulakan oleh penjajah British apabila mereka dibuang oleh Raja Thibaw pada tahun 1885, untuk membuang raja sebagai raksasa mabuk.
Pemerintahan raja itu tidak pernah disebutkan dalam mana-mana buku teks namun pada satu majlis di India pada bulan Disember yang lalu, naib presiden Myanmar dan ketua pasukan tentera berdiri bersama dengan ahli keluarga keturunan diraja itu. Buat kali pertama, asal usul mengenai raja itu telah dibenarkan untuk diingat kembali kepada khalayak umum tentang nenek moyang kerajaan diraja Myanmar di tempat raja itu bersemadi.
Majlis seterusnya pula diadakan di Mandalay Golden Palace di mana terdapat sepohon dahan yang masih hidup semasa dinasti Konbaung Raja Thibaw memerintah dan menyaksikan pembuangan baginda.
“Saya tidak pernah nampak bagaimana masyarakat mempunyai pandangan yang kreatif tentang masa depan melainkan mereka mempunyai pemahaman yang kreatif tentang masa lalu,” kata ahli sejarah Myanmar, Thant Myint U.
“Ia akan jadi seperti bagaimana untuk berfikir tentang masa depan Jerman dan tidak mengetahui apa-apa tentang sejarah peperangan dunia yang pertama atau peperangan dunia yang kedua,” tambah Thant lagi kepada wartawan AFP.
Sejarah palsu
Namun penulisan semula beberapa jurnal sejarah telah mengambil akar yang mendalam dalam sistem pendidikan Myanmar dan masyarakat lebih meluas. Murid-murid sekolah pada hari ini masih belajar dengan hafalan dari buku-buku teks era junta serta diajar untuk mengulangi naratif yang berpusat di sekitar kumpulan etnik dominan Bamar.
Pembelajaran sejarah begitu hina malah satu disiplin untuk para pelajar yang lemah untuk terus mempelajarinya manakala para pelajar yang cemerlang dan bijak akan disalurkan ke dalam bidang perubatan dan kejuruteraan.
Pada tahun ini, tidak seorang pun telah menggunakan peralatan bacaan sejarah di Universiti Yangon yang berprestij tinggi.
“Sejarah telah begitu dipolitikkan dan diganggu sehingga ke tahap individu berhenti untuk meyayangi sejarah terutama sejarah Myanmar,” kata Alex Bescoby, perwakilan dokumentari mengenai keluarga diraja Myanmar.
“Sejarah lebih cenderung kepada memburukkan lagi konflik etnik di Myanmar,” tambah pakar sejarah itu kepada wartawan AFP.
Kumpulan etnik seperti Kachin dan Karen telah lama mengadu sejarah rakyat mereka yang diajar di sekolah-sekolah kerajaan adalah tidak lengkap dan masih mengalami kekurangan malah sumber sejarah itu telah diubahsuai malah lebih teruk, tidak betul.


Bagi puak minoriti yang paling dibenci di Myanmar, Rohingya, putar belit tentang puak itu sedikit sebanyak berupaya mengancam masa depan mereka di bawah kerajaan awam yang baru.
Pada bulan Disember yang lalu, Kementerian Agama dan Hal Ehwal Kebudayaan Myanmar telah mengumumkan rancangan untuk menerbitkan akaun ‘benar’ terhadap kumpulan Islam bagi membuktikan bahawa mereka adalah pendatang haram dan memadam mereka daripada sejarah negara itu.
Situasi itu membangkitkan kesulitan dari naratif nasional negara dan dibelenggu dengan konflik dan perpecahan.
“Apabila pelajar mempercayai cerita tentang masa lalu, mereka akan mudah memburuk-burukkan kumpulan-kumpulan etnik yang lain,” kata Rosalie Metro, pensyarah pendidikan di Universiti Missouri.
Kemahiran kritikal
Rosalie telah menghabiskan sedekad bagi mewujudkan buku teks baru untuk pelajar sekolah yang mengambil perspektif menggunakan bahan yang lebih kritikal dan dianggap terlalu sensitive di bawah pemerintahan tentera termasuk ucapan oleh bekas pemerintah tentera, Jeneral Ne Win dan dokumen penjajah.
Badan-badan antarabangsa termasuk Bank Pembangunan Asia dan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun serta agensi kerajaan Myanmar turut membantu dalam membentuk semula bahan yang diajar di sekolah.
Pensyarah, Than Htike Aung berkata bahawa beliau kini telah berjaya membawa masuk bahan-bahan sendiri untuk mengajar aktiviti luar kurikulum, sebelum ini beliau merasa takut untuk melakukan perkara ini di bawah pemerintahan junta.
Sementara itu, ledakan media sosial sejak 2011, apabila tentera menyerahkan kuasa, memberikan belia lebih banyak akses baru tentang Myanmar dan ruang akaun rasmi untuk sejarah Myanmar.
Kerajaan Myanmar turut menubuhkan ahli jawatankuasa sejarah baru untuk membantu menilai semula akaun yang diselenggarakan oleh Junta walaupun sesetengah ahli merasa takut kerana dikhuatiri mengundang bahaya ke atas diri mereka.
“Pakar-pakar akan meletakkan cerita yang benar terhadap Myanmar sebagai satu catatan baru untuk generasi masa depan Myanmar,” kata Aung Myint kepada wartawan AFP.
Namun para pakar telah memberi amaran bahawa proses ini akan mengambil masa yang lama bagi orang ramai untuk menilai dan mengetahui sejarah lama tentang Myanmar. “Apa yang penting ialah bahan dan kemahiran untuk melahirkan pemikiran kritikal,” tambah Bescoby mengakhiri temu ramah. – AFP