Thursday, January 23, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tanai semangat keusahawanan kanak-kanak

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 DIS – Sebagai usaha menghimpunkan masyarakat tempatan untuk menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) melalui Community for Brunei akan melancarkan program 90 Days of Community.

    BIBD dalam kenyataannya menjelaskan bahawa program berkenaan bertujuan untuk menyemai semangat keusahawanan, menonjolkan perniagaan kreatif tempatan serta memberi peluang kepada usahawan kreatif yang memberi inspirasi untuk mencapai khalayak lebih luas melalui beberapa siri bengkel dan acara.

    Salah satu bengkel pertama yang diadakan di ba-wah program itu ialah Bengkel The Kasturi Stand iaitu bengkel bimbingan keusahawanan yang menyasarkan kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun.

    Kidpreneurs akan didaftarkan dalam kempen online yang terdiri daripada empat bengkel maya dengan mentor perniagaan tempatan.

    Ketua Pegawai Pemasaran BIBD, Hajah Nurul Akmar binti Haji Mohd Jaafar dipetik berkata, “Kami mahukan cara yang menyeronokkan lagi bermakna untuk menyemai semangat inovasi dan keusahawanan pada usia awal.

    “Melalui Bengkel The Kasturi Stand, kami berharap dapat memperkenalkan kanak-kanak seawal usia tujuh tahun dengan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dengan usia, memberi keyakinan dan sokongan kepada mereka untuk meluahkan idea mereka serta membantu mereka merealisasikan impian mereka menjadi perniagaan mikro sepenuhnya,” ujarnya.

    Kenyataan menyatakan, bengkel itu akan menampilkan mentor dari Mindtrex Academy, Enevo, Persatuan Usahawan Muda Brunei dan Ricardos & Melito.

    Pemenang akan dianugerahkan dana kickstarter $200 untuk memulakan perniagaan mereka, yang kemudiannya akan boleh didapatkan oleh orang ramai melalui Community for Brunei Marketplace.

    Pendaftaran untuk bengkel itu dibuka sehingga esok. Peserta mempunyai pilihan untuk bekerja secara individu atau berkumpulan, dengan maksimum tiga orang setiap kumpulan.

    Child boy is using communicates on the Internet at home. homeschooling, distant learning, Asian little boy taking a class online and happy for Homeschool Quarantine.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda