Tuesday, January 21, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tanam buah tembikai tidak perlu kawasan luas

    ANDA tidak perlukan seekar tanah untuk menanam tembikai, di sini dikongsikan beberapa idea bagaimana untuk menanam tembikai di halaman rumah sahaja. Suhu iklim di negara kita sangat sesuai untuk menanam tembikai. Jadi anda disarankan untuk mengikuti setiap tip dan langkah-langkah seperti berikut:

    1. Dapatkan atau beli satu pek kecil benih tembikai merah dan satu pek kecil benih tembikai kuning. Fungsi benih tembikai merah adalah untuk menghasilkan buah manakala yang kuning untuk proses pembungaan.

    2. Jika anda tidak kisah menggunakan racun serangga untuk tanaman anda, rendam benih dengan sedikit racun kulat bercampur racun serangga. Ini akan membuatkan benih anda lebih selamat ketika pencambahan. Kemudian, semaikan anak benih ke dalam bekas semaian yang mengandungi tanah tanaman.

    3. Buat satu busut kecil bersaiz 3 x 4 kaki dan berketinggian 6 inci dan gemburkan tanah. Tanah busut harus mengandungi bahan reputan organik (daun reput) dan baja organik. Nilai PH untuk tanah pula diantara 6 hingga 6.8. Jangan biarkan busut ini terlindung dari cahaya matahari.

    4. Anak benih akan tumbuh bersama daun muda. Siram tanaman supaya sentiasa lembap sehingga mula mengeluarkan daun dan menjalar.

    Dapatkan atau beli satu pek kecil benih tembikai merah dan satu pek kecil benih tembikai kuning. Fungsi benih tembikai merah adalah untuk menghasilkan buah manakala yang kuning untuk proses pembungaan.
    Tembikai muda akan mempunyai bahagian bawahnya putih, manakala tembikai yang masak akan mempunyai warna bawah bewarna putih krim atau kekuningan.
    Tembikai boleh disimpan selama 10 hari jika tidak dipotong. Jika dipotong, hanya boleh disimpan selama empat hari di dalam peti ais. Pastikan anda balut dengan plastik.

    5. Ambil satu benih tembikai merah dan satu benih tembikai kuning dan ta-nam bersebelahan. Siramkan kedua-dua anak pokok.

    6. Tembikai kuning akan mengeluarkan bunga yang banyak manakala tembikai merah masih lagi menjalar dan kurang mengeluarkan bunga.

    7. Apabila tumbuh putik buah sulung pada pangkal pokok, buangkan ia dan jangan risau kerana buah pertama akan menganggu pembesaran pokok itu sendiri.

    8. Apabila terdapat bunga tembikai merah, kita boleh ambil bunga tembikai kuning tadi dan geselkan kepada bunga tembikai merah. Lakukan dengan lembut dan jangan kasar.

    9. Pokok akan berputik dengan cepat. Putik berubah menjadi buah dengan cepat. Boleh ditaburkan baja foliar di sekeliling pokok dengan kuantiti yang sikit demi sikit untuk mengelak putik menjadi buruk.

    10. Pokok perlukan siraman yang kerap untuk membesarkan buah tembikai. Satu pokok tembikai mampu membesarkan empat biji buah bersaiz lapan kilo sebiji. Yang berlebihan hendaklah dibuang.

    11. Buah akan matang apabila mencapai saiz. Kulit telah regang dan berbunyi ‘pok-pok’ menandakan ia akan masak dan tembikai tersebut sesuai untuk dipetik.

    Menuai dan menyimpan

    Ramai orang tidak tahu, tembikai tidak menjadi manis sebaik sahaja ia dituai, jadi masa tuaian mestilah dijaga dengan penting. Tembikai menjadi matang dalam tempoh dua minggu selepas tuaian. Beberapa nasihat untuk anda ketika menuai hasil:

    1-Ketuk tembikai. Jika bunyinya seperti kosong, ia sudah masak.

    2-Lihat warna pada bahagian atas. Tembikai masak apabila terdapat sedikit perbezaan pada corak garis tembikai.

    3-Lihat pada bahagian bawah. Tembikai muda akan mempunyai bahagian bawahnya putih, manakala tembikai yang masak akan mempunyai warna bawah bewarna putih krim atau kekuningan.

    4-Lihat pada sulur paut. Jika hijau, tunggu. Jika nampak seperti dah nak mati, maksudnya tembikai itu sudah hampir atau sudah masak.

    5-Tangkai-tangkai haruslah dipotong menggunakan pisau yang tajam untuk menutup buah daripada pendedahan.

    6-Tembikai boleh disimpan selama 10 hari jika tidak dipotong. Jika dipotong, hanya boleh disimpan selama empat hari di dalam peti ais. Pastikan anda balut dengan plastik.

    Jadi bagaimana? sekarang anda sudah tahu bagaimana hendak menanam buah tembikai. Jadikan ia sebagai satu hobi yang akan memberikan hasil yang menarik. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda