Monday, January 13, 2025
33.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tanam nilai murni

    Oleh Hjh Saemah Kepli

    KUALA BELAIT, 18 Jun – Dalam menanamkan nilai-nilai murni dan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat, penolong-penolong pemimpin dan ahli-ahli Pasukan Pengakap 3036 Sekolah Arab Belait telah menghulurkan bantuan kepada dua buah rumah keluarga yang dikenal pasti memerlukan bantuan di Daerah Belait, baru-baru ini.

    Tiga orang penolong pemimpin dan enam orang ahli Pengakap Pasukan 3036 Sekolah Arab Belait telah terlibat dalam aktiviti penyerahan sumbangan tersebut yang diketuai oleh penolong pemimpin pasukan tersebut, Haji Mohd Roselyzan Haji Sipin.

    Sumbangan berbentuk keperluan asasi dan sedikit wang tunai bagi perbelanjaan dalam bulan Syawal telah disampaikan kepada keluarga-keluarga berkenaan.

    Melalui aktiviti berkebajikan seperti itu, diharapkan pasukan pengakap sekolah tersebut akan sentiasa prihatin terhadap nasib insan yang memerlukan di samping mendidik pelajar khususnya daripada kalangan ahli pasukan pengakap tentang ganjaran berinfaq.

    Penyampaian sumbangan kepada salah sebuah keluarga bagi projek pemedulian terhadap keluarga yang kurang berkemampuan oleh Pasukan Pengakap 3036 Sekolah Arab Belait.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda