Oleh Samli
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jun – Umat Islam adalah digalakkan untuk mengerjakan kebaikan dengan menghulurkan sumbangan berupa wakaf sama ada wang ringgit, barang-barang atau lain-lain yang boleh memberi manfaat khususnya kepada umat Islam di negara ini, di samping menanam saham untuk di akhirat kelak.
Sehubungan itu, Masjid Setia Ali, Pekan Muara baru-baru ini telah menerima sumbangan wakaf yang diserahkan secara perseorangan, yang berlangsung di dewan serba guna masjid berkenaan.
Sumbangan berupa sejadah dan sebuah peti sejuk masing-masing telah disampaikan oleh Haji Hassan bin Haji Yahya dan Haji Mohammad bin Haji Baha dan telah diterima oleh Imam Masjid Setia Ali, Awang Rosli bin Haji Ladis.


































