Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Tanaman asli S’wak berpotensi dikeluarkan besar-besaran

    KUCHING, 17 JAN – Buah-buahan serta sayur-sayuran asli Sarawak berpotensi untuk dikomersialkan dan dikeluarkan secara besar-besaran, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

    Beliau berkata tanaman asli seperti Terung Asam yang popular di negeri itu boleh dimajukan dalam skala besar dengan adanya nilai tambah.

    Abang Johari berkata kerajaan negeri juga telah menubuhkan Lembaga Kemajuan Sagu dan Nipah Sarawak.

    “Komuniti pertanian moden perlu mengenal pasti produk asli ini yang boleh dihasilkan secara besar-besaran tapi pada masa sama kita perlu mengekalkan kualiti produk kita,” katanya ketika berucap pada Bengkel Keselamatan Makanan Sarawak-Belanda kali pertama, di sini hari ini.

    Bengkel berkenaan turut dihadiri Duta Besar Belanda ke Malaysia, Jacques Werner.

    Sementara itu, Abang Johari berkata penyesuaian teknologi adalah penting bagi petani moden untuk mengubah proses pertanian terutamanya dalam menghasilkan lebih banyak pengeluaran.

    Beliau berkata kerajaan negeri sedang bekerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam projek untuk meningkatkan hasil padi sekurang-kurangnya tiga kali ganda dalam tempoh 18 bulan.

    “Apabila saya nyatakan perkara ini kepada pesawah kita, mereka kata ia tidak boleh dilakukan, mereka kata hanya boleh buat (tuai) sekali dalam setahun.

    “Saya berikan kepada UPM RM3 juta untuk memulakan projek ini dan jika ia berjaya, kita boleh gunakan templat ini dalam bidang lain,” katanya. – Bernama

    Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tiga, kiri) menyampaikan cenderahati kepada Duta Besar Belanda ke Malaysia, Jacques Werner selepas merasmikan Bengkel Keselamatan Makanan Sarawak-Belanda kali pertama, di sini kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...