Tanaman bonsai Jepun sokong pertukaran hortikultur antarabangsa

TOKYO – “Bayangkan diri anda sebagai serangga kecil yang berdiri di bawah pohon yang besar apabila kita cuba menghargai keindahan bonsai,” kata Hiroyuki Aoki, seorang artis bonsai Jepun, ketika menggambarkan pengalamannya yang unik dengan seni penanaman pohon itu.

“Mengintegrasikan diri anda ke dalam tanaman periuk, anda berdiri di akar batang dan melihat pemandangan indah yang tercipta oleh alam semula jadi,” kata Aoki, pengarah urusan Muzium Seni Omiya Bonsai di Prefektur Saitama, Tokyo, Jepun.

Dalam fikirannya, bonsai, bentuk seni Asia bagi menanam pohon kecil dalam satu bekas khas kepada pokok berskala besar sehingga memiliki nilai estetik yang luar biasa serta memberikan satu harapan bagi mempromosikan bentuk seni bonsai di seluruh dunia.

Menurut Aoki, sejarah awal bonsai dapat dikesan kembali pada sebuah mural yang dijumpai di Provinsi Shaanxi China dari 1300 tahun yang lalu. Dalam lukisan mural itu, seorang lelaki seperti sedang memegang periuk yang dipenuhi dengan tumbuhan merah dan biru.

“Muzium kami tidak ditutup pada hujung minggu akan tetapi ditutup pada hari Khamis, adakah anda tahu kenapa?,” Aoki meminta wartawan Xinhua untuk menjawab persoalan itu.

Dia menjelaskan bahawa Makuyoubi, perkataan Jepun untuk hari Khamis, mengandungi watak China yang bermaksud kayu atau pokok, yang seolah-olah menggemakan tema bonsai dan menambah sentuhan lucu.

Muzium Bonsai tersebut, terdapat sekitar 60 pokok bonsai yang dipamerkan, di mana pokok ini akan sentiasa dihargai sepanjang musim. – Xinhua
Kebanyakan bonsai ini pernah dimiliki oleh pengumpul terkenal termasuk ahli politik dan ahli akademik. – Xinhua

Pokok yang sentiasa dihargai

Muzium Bonsai tersebut, terdapat sekitar 60 pokok bonsai yang dipamerkan, di mana pokok ini akan sentiasa dihargai sepanjang musim. Sesetengah bonsai boleh dilihat dari semua sudut supaya pengunjung dapat menikmati pemandangan yang berbeza dengan gaya tarikan yang berbeza.

Salah satu bonsai yang terbesar di muzium tersebut dipanggil sebagai Japanese five needle pine turut dikenali sebagai Chiyo-No-Matsu, diletakkan di atas meja bulat yang besar bagi membolehkan pokok ini menerima sumber cahaya matahari yang mencukupi. Dengan ketinggian lebih dari 1.6 meter dan lebar daripada 1.8 meter, Chiyo-No-Matsu, yang bermaksud pokok pain yang berumur ribuan tahun merupakan salah satu bonsai yang terbesar di muzium tersebut.

Seperti berpaut ke bumi, batang pohon yang berpusing dan tumbuh ke atas manakala dahan-dahannya pula ditumbuhi daun hijau yang subur ke horizon, memberikan penonton satu perasaan yang luar biasa.

Kebanyakan bonsai ini pernah dimiliki oleh pengumpul terkenal termasuk ahli politik dan ahli akademik, menurut Aoki. Kebanyakannya sudah berumur lebih dari 100 tahun dan telah diberikan gelaran elegan.

Satu lagi pokok bonsai Jepun di muzium ini dinamakan sebagai Shiraito-No Taki, atau Air Terjun Benang Putih. Dahan-dahannya tumbuh ke bawah seolah-seolah seperti sebuah sungai yang terbentuk oleh dahan-dahan pokok yang condong ke bawah. “Pengunjung diingatkan akan percikan air dari hujung daun di setiap dahan,” kata Aoki. Pokok-pokok bonsai dengan warna-warna yang menarik selain hijau juga menjadi tarikan hebat dengan keindahan yang sangat luar biasa.

Pokok yang mempesonakan seperti Maple Jepun merupakan salah satu pokok yang menawarkan pengunjung keseronokan pemandangan yang berbeza setiap musim. Penampilan pokok yang sama semasa melalui empat musim amat jelas berbeza sekali.

“Pada musim bunga, kita akan dapat menikmati anak pokok baharu dan pada awal musim panas, pokok bonsai akan tumbuh segar dengan warna hijau. Manakala pada musim luruh pula, daun pokok bonsai akan bertukar warna kemerah-merahan sekali gus memikat pemandangan kita dan pada musim sejuk pula, dahan-dahan yang kosong tanpa daun akan memberikan satu pemandangan minda yang menenangkan,” menurut risalah yang menjelaskan bagaimana untuk menghargai pokok bonsai.

Dijaga dengan penuh teliti

Setiap bonsai telah ditanam dengan teliti dan dikekalkan sehinggalah ke generasi hari ini. Teknik seperti penyiraman, pemangkasan dan pendawaian sering digunakan bagi memastikan bonsai menjadi bentuk yang indah sekali gus menghasilkan interaksi antara seni dan reka bentuk dari penanam dan kehidupan pokok itu, jelas Aoki.

Dia berkata bahawa artis bonsai boleh mendapat epiphanies pada bila-bila masa sahaja. Kadang-kadang selepas waktu kerja, penanam akan mendapat inspirasi baharu apabila tidur atau bahkan ketika bermimpi, katanya.

Setelah beberapa minit berjalan kaki dari muzium, Kampung Omiya Bonsai yang terdiri daripada lima taman bonsai mengalu-alukan pengunjung dari seluruh dunia dengan produk bonsai.

Kebun-kebun bonsai Jepun telah mula hidup dan subur seawal tahun 1923 apabila sekumpulan penghijrah membawa pokok itu ke kawasan tersebut untuk mencari tanah yang sesuai untuk pokok bonsai.

Menurut Aoki, muzium dan kampung itu telah membuka Saitama International Bonsai Academy bagi mempromosikan pengajaran seni bonsai. Akademi ini menawarkan kursus, kelas dan banyak lagi mengenai bonsai.

Sebagaimana Pameran Hortikultur Antarabangsa yang diadakan di Beijing, China pada tahun ini, Aoki berkata bahawa video promosi dari muziumnya telah dihantar untuk dimainkan di Pavilion Jepun. Dia sangat berharap acara itu akan dapat mengukuhkan pertukaran hortikultur bukan sahaja di antara Jepun dan China tetapi di seluruh dunia juga. – Xinhua