Tanaman berbunga atau perennials memang cukup sinonim untuk menghiasi kawasan rumah yang menampilkan konsep Inggeris.
Namun terdapat beberapa perkara yang harus dikira seperti pemilihan tumbuhan, penyediaan medium tanaman, penanaman bunga dan sungkupan.
Pilihan tanaman hendaklah perlu disesuaikan dengan kawasan persekitaran. Tumbuhan perennials memerlukan cahaya matahari sekurang-kurangnya enam hingga lapan jam sehari.
Sediakan medium tanaman secukupnya sebelum pemindahan tumbuhan itu dilakukan.
Ia adalah bertujuan untuk menghindari akar pokok dari terdedah kepada sebarang ancaman.
Jika menggunakan pasu, tumbuhan perennials perlu ditanam dalam pasu yang lebih besar untuk memudahkan pergerakan akar dan menggalakkan pembungaan.
Selepas selesai proses tanaman, siram air di bahagian pangkal tumbuhan sehingga mencukupi.
Letakkan sungkupan organik sekurang-kurangnya dua inci tebal untuk mengekalkan kelembapan tanah dan mengelakkan rumput dari tumbuh. – Agensi