Thursday, October 10, 2024
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tanamkan sikap bertanggungjawab pelihara warisan budaya

    KOTA KINABALU, 17 Okt – Masyarakat Sabah perlu menanam sikap bertanggungjawab dalam diri masing-masing untuk memelihara dan mengekalkan warisan budaya masing-masing agar tidak hilang ditelan zaman.

    Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Masidi Manjun mengakui peredaran masa telah menjejaskan beberapa keaslian budaya yang diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi akibat kemajuan teknologi.

    “Sehubungan itu, saya meminta kepada mana-mana individu mahupun agensi yang mempunyai koleksi budaya tampil untuk mendermakannya ke Jabatan Muzium Sabah.

    “Sama-samalah kita menyemaikan rasa kesedaran dalam diri kita dan anak-anak mengenai betapa pentingnya usaha memelihara warisan tradisi dan budaya,” katanya pada perasmian pameran khas ‘Dirgahayu Tuan Yang Terutama – Wastra Borneo: Kain, Kosmos dan Warna – Jalinan Warisan Budaya Kita’ di sini hari ini.

    Teks ucapannya disampaikan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Kamarlin Ombi.

    Masidi berkata pameran khas itu, yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin, selari dengan dasar kerajaan untuk memajukan industri pelancongan negara seiring perkembangan pesat industri itu di mata dunia. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda