Tuesday, May 30, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Tanda semak biru Twitter kini tersedia di seluruh dunia

    WASHINGTON, 24 MAC – Sistem pengesahan tanda semak biru Twitter kini tersedia di seluruh dunia, kata pemilik syarikat Elon Musk pada Khamis.

    “Twitter Verified kini tersedia di seluruh dunia!” agensi Anadolu memetik ciapan Musk di Twitter.

    Twitter Blue, perkhidmatan langganan bulanan berbayar yang menambah tanda semak biru pada akaun pengguna, turut menawarkan akses awal kepada ciri eksklusif baharu.

    Ia termasuk tweet yang lebih panjang, keupayaan untuk mengemaskini tweet, muat naik video 1080p dan navigasi khas.

    Syarikat itu juga memaklumkan pihaknya menerima permohonan untuk tanda semak kelabu bagi akaun kerajaan dan pelbagai hala yang layak.

    Sistem pengesahan Twitter telah wujud selama 13 tahun sejak platform itu melancarkannya pada 2009 untuk mengelakkan penyamaran akaun berprofil tinggi seperti selebriti dan ahli politik. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea Utara akan lancar satelit pengintip tentera

    SEOUL, 30 MEI - Korea Utara berkata pada hari ini ia akan melancarkan satelit pengintip tentera pertamanya pada Jun dan menyifatkan peninjauan berasaskan angkasa...
    - Advertisment -