Tanda sokongan untuk pasukan bola jaring

Oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MAC – Kelab Bola Jaring, Strikers XOXO baru-baru ini telah menerima tajaan dari Eassy Service sebagai tanda sokongan bagi pasukan bola jaring berkenaan yang bakal menyertai pertandingan di Kejohanan Bola Jaring En’Avant dan Liga Bola Jaring Kebangsaan 2020, yang berlangsung di Syarikat Eassy Servis, The Mall, Gadong.

Majlis penyerahan tajaan telah disampaikan oleh pemilik Syarikat Eassy Service, Mohammad Firdaus @ Abdullah kepada Ketua Pasukan Strikers XOXO, Angie Dee bagi pihak kelab.

Kelab itu telah menerima tajaan berupa jersi perlawanan untuk para pemain kelab berkenaan. Melalui tajaan itu, ia diharap akan dapat menyuntik semangat kepada setiap ahli pasukan kelab berkenaan dan seterusnya memberikan sokongan kepada mereka agar berjaya di Kejohanan Bola Jaring En’Avant dan Liga Bola Jaring Kebangsaan 2020 nanti.

Pemilik Eassy Service menyerahkan jersi tajaan kepada ketua pasukan bola jaring Strikers XOXO.