Tandatangani perjanjian ladang solar baharu

PARIS, 18 NOV – Daerah kewangan City of London telah menandatangani perjanjian untuk menjamin sejumlah besar elektriknya dari sebuah ladang solar baharu buatan Perancis, sebahagian daripada matlamatnya untuk pelepasan sifar bersih karbon menjelang 2040, kata para pegawai hari ini.

Firma Perancis, Voltalia itu akan membina tapak 95,000 panel di Dorset, di barat daya, yang keseluruhan outputnya akan menjana bank-bank dan pembrokeran City selama 15 tahun, dalam satu perjanjian bernilai 40 juta pound (45 juta euro, AS$53 juta).

City Corporation, badan pentadbiran perbandaran daerah berkata 50 megawatt yang dihasilkan – mencukupi untuk menerangi 15,000 buah rumah – akan memberikan lebih separuh daripada keperluan elektriknya, termasuk bagi ibu pejabatnya Guildhall dan pusat kesenian Barbican.

Kedua-dua parti berkata ia adalah perjanjian solar pertama di Britain antara pengeluar tenaga diperbaharui dan pihak berkuasa pentadbir, daripada sebaliknya perjanjian bersama firma-firma yang dimiliki oleh majlis perbandaran tempatan. – AFP