Tanduk badak bernilai AS$7 juta dirampas

JOHANNESBURG, 15 JULAI – Pegawai kastam Afrika Selatan mengatakan kelmarin bahawa mereka telah merampas puluhan tanduk badak yang disembunyikan sebagai seni dan bernilai sekitar AS$7 juta, di lapangan terbang di Johannesburg.

Pegawai kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa OR Tambo menemukan 41 tanduk badak yang bernilai 115.66 juta rand dalam pengiriman yang diisytiharkan sebagai ‘seni’, kata pihak berkuasa kastam dalam satu kenytaan.

Kargo yang ditujukan ke Kuala Lumpur melalui Doha, dikesan semasa pemeriksaan rutin gedung di lapangan terbang terbesar di negara itu.

Tempat tinggal bagi kira-kira 80 peratus populasi badak di dunia, Afrika Selatan telah menjadi pusat pemburuan haram dalam beberapa tahun terakhir, tetapi telah menyaksikan penurunan jumlah badak yang terbunuh sejak 2014.

Pada tahun 2019, sebanyak 594 ekor badak telah dibunuh untuk mendapatkan tanduknya, menurun dari 769 ekor pada tahun 2018.

Permintaan untuk tanduk badak terutama didorong oleh pengguna di Asia di mana ia diinginkan untuk perubatan tradisional, afrodisiak atau sebagai simbol status, dan dapat menjangkau hingga $60,000 bagi setiap kilogram. – AFP