Tanduk badak dibakar dalam kempen antipemburuan haram

BOKAKHAT, INDIA, 22 SEPT – Hampir 2,500 tanduk badak telah dimusnahkan hari ini dalam acara yang pertama seumpamanya di timur laut India sebagai sebahagian daripada kempen anti-pemburuan haram untuk menandakan Hari Badak Sedunia.

Badak bertanduk satu yang terancam digunakan secara meluas di rantau itu namun pemburuan dan kehilangan habitat telah mengurangkan jumlahnya kepada hanya beberapa ribu, dengan paling banyak ditemui di negeri Assam.

Perdagangan dalam tanduk badak telah ditegah sejak 1977 oleh Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam Flora dan Fauna Liar.

Namun penyokong pemuliharaan memberi amaran cubaan pemburuan berterusan di tengah-tengah permin-taan tinggi dari China dan Vietnam, tanduk badak dipromosi sebagai bahan menakjubkan dalam perubatan tradisional.

“Tanduk badak mempunyai nilai tinggi apabila ia masih lagi ada pada badak hidup. Tanduk-tanduk ini tidak ada nilainya,” kata Ketua Menteri Assam, Himanta Biswa Sarma semasa acara di bandar Bokakhat. – AFP

Para pegawai Jabatan Perhutanan Assam menyusun tanduk badak yang dirampas sebelum dibakar di Bokakhat pada 22 September. – AFP