Monday, January 13, 2025
33.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tang Jie-Ee Wei ke suku akhir Terbuka Malaysia 2025

    KUALA LUMPUR, 9 JAN – Pilihan ketiga kejohanan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hanya memerlukan 30 minit untuk mengesahkan tempat di suku akhir kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2025 berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini.

    Pasangan beregu campuran Malaysia itu mudah menyingkirkan gandingan Taiwan, Hung En Tzu-Lu Ming Che 21-8, 21-14 pada perlawanan pusingan kedua untuk menempah pertemuan dengan Hiroki Midorikawa-Natsu Saito dari Jepun, esok.

    “Untuk pemain, kita tidak suka kalah dan ia sama seperti kami. Cuma, kita jangan fikir dulu untuk perlawanan esok.

    “Sekarang cuma mahu rehat dan lalui proses pemulihan dengan baik supaya dapat bagi prestasi yang baik kelak,” katanya kepada pemberita.

    Sementara itu, Ee Wei tekad mahu berikan yang terbaik dalam usaha memperoleh kemenangan keempat menentang Midorikawa-Saito. Pencapaian terbaik gandingan kelima dunia itu adalah pada edisi 2023 apabila mara ke suku akhir, namun tersingkir selepas tewas kepada pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai, 21-19. 21-9.

    Terdahulu, pasangan bukan pilihan Midorikawa-Saito mengejutkan pilihan kelima dari Indonesia, Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja 21-17, 21-17. – Bernama

    Tang Jie dan Toh Ee Wei ketika menentang Lu Ming Che dan Hung En-Tzu pada Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia di Axiata Arena Bukit Jalil pada 9 Januari. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda