Tangan penunjuk perasaan putus

PARIS, 10 Feb – Seorang penunjuk perasaan ‘ves kuning’ kehilangan tangannya ketika bertempur dengan polis di luar bangunan utama parlimen di Paris, saksi-saksi memberitahu AFP, ketika bantahan anti kerajaan minggu ke-13 di seluruh Perancis.

Di sebalik penurunan bilangan dari jumlah kehadiran berbanding tunjuk perasaan pertama pada November lalu, berpuluh-puluh ribu orang masih keluar ke bandar-bandar di seluruh negara untuk membantah dasar-dasar Presiden Perancis Emmanuel Macron.

Pertempuran meletus di luar bangunan Perhimpunan Kebangsaan di Paris selepas perarakan dari jalan Champs-Elysees tiba di sana.

Sementara ramai penunjuk perasaan berarak secara aman, beberapa aktivis bertopeng cuba merosakkan perintah di luar parlimen manakala yang lain membuang air kecil di kawasan berhampiran.

Lelaki-lelaki bertopeng melontar alat ke arah polis yang bertindak balas dengan melepaskan gas pemedih mata dan bom tangan (flashbang).

Apabila perarakan diteruskan, samseng-samseng membakar tong-tong sampah dan juga kereta, terutamanya model mewah, merosakkan pondok perhentian bas, mesin wang tunai dan cermin tingkap kedai di sepanjang laluan.

Salah sebuah kereta yang dibakar adalah milik kepada Sentinelle, unit anti pengganasan Perancis. Menteri Dalam Negeri Christophe Castaner melahirkan rasa ‘marah dan meluat’ melalui Twitter.

Seorang lelaki ditahan bagi soal siasat berhubung kebakaran itu, menurut pihak pendakwa Paris.

Medik sukarela di Perhimpunan Kebangsaan memberitahu AFP bahawa tangan lelaki itu terputus ketika pertempuran antara polis dan para pembantah. – AFP

Keadaan kelam-kabut ketika pasukan medik bertungkus-lumus merawat seorang penunjuk perasaan yang mengalami kecederaan serius pada tangannya di Paris kelmarin. – AP