Tangani biayaan, inovasi tidak sepadan

KUALA LUMPUR, 16 SEPT – Terdapat keperluan untuk menangani ketidakpadanan antara insentif kerajaan bagi sektor teknologi dan inovasi lapangan semasa pembentangan Belanjawan 2020, kata Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM).

Pengerusi PIKOM Ganesh Kumar Bangah berkata meskipun terdapat banyak pembiayaan disediakan oleh kerajaan, ia tidak disesuaikan bagi syarikat kecil memandangkan saiz pinjaman yang besar yang diperuntukkan bagi setiap syarikat.

“Disitulah terletaknya masalah paling besar kerana syarikat dengan teknologi inovatif sebenar biasanya adalah syarikat pemula niaga yang tidak mampu membayar pinjaman RM50 juta,” katanya.

Memberi contoh, Ganesh berkata, Dana Transformasi Pendigitalan Industri Bank Pembangunan Malaysia Bhd yang berjumlah RM3 bilion dijangka mengagihkan RM50 juta pinjaman bagi setiap syarikat. Beliau berkata kebanyakan syarikat bernilai berbilion dolar hari ini yang mencipta inovasi terunggul bermula sebagai syarikat kecil, seperti WhatsApp dan Uber.

“WhatsApp bermula kerana telefon bimbit mempunyai pemberitahuan dan perkhidmatan berasaskan lokasi. Jenis inovasi ini biasanya bukan daripada syarikat-syarikat besar,” katanya.

Ketidakpadanan pembiayaan ini kelaknya akan menjejaskan ketersediaan inovasi dan aplikasi yang boleh memanfaatkan prasarana teknologi Malaysia.

Ganesh berkata Malaysia mempunyai prasarana 5G yang baik tetapi aplikasi sebenar yang boleh memanfaatkan prasarana ini dan menyediakan nilai ekonomi sebenar masih terhad. – Bernama