Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Tangani isu cabaran dalam perniagaan

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan Bank Baiduri

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 DIS – Sebagai usaha berterusan untuk membantu rakan kongsi dan klien korporat untuk menangani cabaran-cabaran yang dihadapi oleh perniagaan mereka dalam persekitaran kerja yang pesat berubah, Bank Baiduri mengadakan seminar bertajuk Persediaan untuk Masa Depan Kerja.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Baiduri, lebih daripada 70 orang jemputan daripada institusi kerajaan, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta rakan-rakan kongsi perniagaan tempatan Bank Baiduri, menyertai seminar itu di Ruang Komuniti Baiduri, Ibu Pejabat Bank Baiduri, kelmarin.

    Ia bermatlamat untuk menangani bagaimana syarikat tempatan boleh terus berkembang dengan organisasi di serata Asia secara drastik telah merubah cara mereka beroperasi dan berinteraksi dengan kakitangan.

    Seminar turut melihat kepada trend utama di tempat kerja dan penekanan kepada pembinaan sebuah budaya syarikat positif dan kukuh dengan nilai dan tujuan yang jelas, bersama-sama dengan keperluan yang kuat untuk menyokong kesejahteraan kakitangan.

    Aspek tempat kerja berkenaan semakin dikenal pasti sebagai kunci bagi mengekalkan bakat dan meningkatkan produktiviti. Seminar setengah hari berkenaan mengetengahkan panel perbincangan yang merangkumi pemimpin-pemimpin tempatan dalam sumber manusia dan pendigitalan iaitu Presiden Persatuan Usahawan Muda Brunei dan Pengurus Kanan Pembangunan dan Strategi Perniagaan di Ghanim International Corporation, Fatin Ariffin; Ketua Rantau, APAC, Chartered Institiute of Personnel and Development, Kwok Mey Leng; Pengurus Pendigitalan, Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP), Sofiah Umar; Ketua Pegawai Eksekutif imagine Sdn Bhd, Dayang Suzannawati binti Haji Suharju dan Ketua Pentadbiran dan Sumber Manusia Kumpulan di Bank Baiduri, Veronica Chong.

    Ahli-ahli panel telah menyentuh me-ngenai bagaimana pandemik bersama-sama dengan pendigitalan yang dipercepatkan telah merubah cara kakitangan bekerja dan bagaimana pemimpin boleh berinteraksi dengan kakitangan mereka secara efektif serta juga topik yang berkaitan kepada budaya korporat dan pembangunan bakat.

    Seminar itu juga mengetengahkan ceramah yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Kanan bagi Indonesia, Singapura, Filipina dan Eksekutif Page Asia Tenggara, Olly Riches secara maya di mana beliau membentangkan mengenai trend bakat dan kepimpinan serta pentingnya budaya berasaskan nilai dalam pengurusan bakat. Kwok May Leng mengakhiri acara itu dengan berkongsi pandangan berguna mengenai masa hadapan kerja di Brunei dan bagaimana syarikat-syarikat boleh memperbaiki keupayaan sumber manusia mereka.

    Bercakap mengenai acara itu, Veronica Chong berkata, mempunyai akses kepada institusi unggul yang lain seperti CIPD telah membantu menyediakan pemimpin-pemimpin bank berkenaan dengan sokongan dan pandangan berguna dalam amalan terbaik antarabangsa.

    Beliau menyatakan harapan forum seumpama itu akan dapat membantu memudahkan perkongsian ilmu pengetahuan, bukan sahaja dalam kalangan klien dan rakan kongsi tempatan tetapi juga rakan-rakan kongsi global supaya dapat memberikan manfaat kepada semua daripada perbincangan dan pandangan kolektif serta untuk terilham bagi memperkasakan tenaga kerja untuk berjaya bukan sahaja untuk masa ini tetapi bagi masa hadapan tenaga kerja mereka.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Ti Eng Hui dalam kata alu-aluannya berkata bahawa lebih banyak organisasi di seluruh dunia sedang menumpukan kepada memba-ngunkan sebuah budaya kerja kuat kerana benar-benar sedar bahawa budaya kerja sesebuah syarikat secara langsung mempengaruhi aspek-aspek penting seperti produktiviti, pengekalan dan penggantian. Beliau menambah, sering diperkatakan bahawa perubahan itu bukannya tetap, ia semakin pantas khususnya dalam dunia pasca pandemik.

    Veronica Chong dan ahli panel berbincang semasa majlis berkenaan.
    Veronica Chong dan ahli panel bergambar ramai semasa majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...