Tangguh lancar telefon Huawei

LONDON, 22 Mei – Empat operator telefon bimbit Jepun dan Britain berkata hari ini mereka akan menangguhkan pelancaran telefon 5G baharu buatan Huawei di tengah-tengah tindakan keras AS ke atas firma teknologi China berhubung kebimbangan keselamatan.

Syarikat telekom EE, dimiliki oleh BT dijangka akan membawa telefon 5G pertama Huawei, Huawei Mate 20X ke Britain namun penglibatan syarikat China dalam telekom negara itu menjadi kontroversi dari segi politik.

Ketua Eksekutif EE, Marc Allera berkata syarikat itu telah ‘menangguhkan sementara’ pelancaran telefon 5G Huawei ‘sehingga kami akan mendapat maklumat dan keyakian dan keselamatan jangka panjang dengan pelanggan kami….akan dapat disokong.”

Kumpulan itu juga berkata ia akan menggunakan secara berperingkat peralatan Huawei dalam rangkaian infrastrukturnya. Vodafone juga akan turut sama dengan mengumumkan ia menangguhkan tempahan awal telefon Huawei 5G.

“Kami menangguhkan tempahan awal Huawei Mate 20X di United Kingdom. Ini adalah langkah sementara apabila wujudnya ketidakpastian berkaitan peranti baharu Huawei 5G,” kata jurucakap.

KDDI dan SoftBank Corp, operator nombor dua dan tiga Jepun, masing-masing berkata keputusan telah diambil untuk memberi mereka masa untuk menilai impak tegahan AS ke atas syarikat-syarikat Amerika yang menjual teknologi kepada Huawei.

Operator terbesar negara itu, NTT Docomo juga mengumumkan ia akan menangguhkan tempahan awal bagi set telefon baharu Huawei, namun turut membatalkan pelancarannya. – AFP