Tangguh majlis perkahwinan kali ketiga

COPENHAGEN, 26 JUN – Perdana Menteri Denmark Mette Frederiksen sangka beliau telah menemui satu tarikh sesuai untuk majlis perkahwinannya, tetapi kini terpaksa menundanya untuk kali ketiga disebabkan sidang kemuncak Kesatuan Eropah (EU), katanya semalam.

“Saya tidak sabar-sabar untuk mengahwini lelaki hebat ini,” tulis Frederiksen di Facebook bersama gambar dirinya dan tunang Bo.

“Namun jelasnya ia tidak semudah itu, dan sekarang terdapatnya mesyuarat majlis di Brussels, pada Sabtu Julai ini ketika kami merancang untuk berkahwin,” tulis beliau. “Namun saya perlu melaksanakan tugas saya dan menjaga kepentingan Denmark. Maka kami perlu menukar pelan sekali lagi.

“Tidak lama lagi kami boleh berkahwin. Saya tidak sabar-sabar menanti saat-saat itu.”

Mesyuarat Majlis Eropah pada 17-18 Julai, yang akan diadakan di Brussels dan dihadiri oleh 27 pemimpin negara anggota, diputuskan pada minggu lalu pada satu mesyuarat maya.

Ia akan menjadi sidang kemuncak pertama di mana pemimpin akan hadir secara fizikal sejak lockdown koronavirus dikenakan beberapa bulan lalu. Semasa mesyuarat, pemimpin dijangka membincang pelan pemulihan dalam respons terhadap krisis COVID-19 dan belanjawan baharu EU. – AFP