Oleh Azlan Othman
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MAC – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menyeru semua perjalanan tidak penting ke Brunei Darussalam, Sabah dan Semenanjung Malaysia sama ada masuk atau keluar perlu ditangguhkan atau ditunda.
Jawatankuasa juga mengeluarkan garis pandu susulan tiga kes positif COVID-19 dikesan kelmarin termasuk menangguhkan perhimpunan kerajaan dan awam melibatkan lebih 250 peserta, lapor akhbar Malaysia.