WEF yang ditangguh kekal diadakan di Davos

GENEVA, 22 DIS – Forum Ekonomi Dunia 2022 yang tertangguh akan mengumpulkan ahli-ahli politik dunia dan elit perniagaan pada musim panas di rumah tradisional Davos, Switzerland, kata ketua hari ini.

Ulasan Klaus Schwab kepada Swiss daily, Blick selepas mesyuarat tahunan yang telah ditangguhkan pada Januari ke ‘awal musim panas’ Isnin lalu, kerana ketidakpastian yang berkaitan dengan varian koronavirus Omicron yang baharu.

Tahun ini, WEF juga menangguhkan perjumpaan langsung dari Januari ke waktu musim panas. Pada awalnya mereka menyarankan untuk mengadakannya di peranginan mewah berdekatan dengan Lucerne di Switzerland, tetapi ditukar ke Singapure kerana pandemik COVID-19 di Switzerland, selepas membatalkan semua acara.

Apabila Blick bertanya kepada Schwab jika mesyuarat akan diadakan di Singapura, balasnya: “tidak, ia akan diadakan di Davos.”

Ketua WEF menegaskan mesyuarat 2022 akan ditangguhkan sehingga situasi koronavirus semakin pulih, bukan dibatalkan. – AFP

Forum Ekonomi Dunia (WEF) berkata pada 20 Disember 2021, ia “akan menangguhkan mesyuarat tahunannya di Davos, memandangkan ketidakpastian berterusan terhadap varian Omicron” koronavirus yang baharu. – AFP