Friday, December 6, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tanggung akibatnya

    TEHRAN, 31 Dis – Iran memberi amaran hari ini bahawa pembantah akan ‘menanggung akibat’ selepas pergolakan pada malam ketiga menyaksikan tunjuk perasaan beramai-ramai di seluruh negara di mana dua orang terbunuh dan puluhan lagi ditahan.

    Video-video dalam media sosial menunjukkan beribu-ribu orang berarak di seluruh negara dalam satu ujian terbesar bagi republik Islam itu sejak bantahan besar-besaran berlaku pada tahun 2009.

    Ia menunjukkan tunjuk perasaan di Isfahan, Mashhad dan banyak bandar kecil tetapi sekatan perjalanan dan liputan terhad oleh media rasmi menjadikannya sukar untuk mengesahkan laporan.

    Media kerajaan mula menunjukkan rakaman bantahan hari ini, menumpu pada serangan daripada belia lelaki ke atas bank-bank dan kenderaan, serangan ke atas dewan perbandaran di Tehran dan imej seorang lelaki membakar bendera Iran.

    Pelajar-pelajar Iran berlari untuk berlindung daripada gas pemedih mata di Universiti Tehran semasa tunjuk perasaan yang dipacu akibat kemarahan berhubung masalah ekonomi di bandar Tehran pada 30 Disember. – AFP

    “Mereka yang merosakkan harta awam, mengganggu ketenteraman dan melanggar undang-undang mesti bertanggungjawab atas tingkah laku mereka dan menanggung akibatnya,” kata Menteri Dalam Negeri Abdolrahman Rahmani Fazli di televisyen negeri pada awal hari ini.

    “Penyebaran keganasan dan ketakutan pastinya akan diatasi,” tambah beliau.

    Timbalan gabenor wilayah Lorestan, Habibollah Khojastehpour memberitahu televisyen kerajaan bahawa dua orang terbunuh di barat bandar kecil Dorud lewat kelmarin namun menafikan pasukan keselamatan bertanggungjawab.

    Presiden AS Donald Trump yang campur tangan, berkata “rejim penindas tidak boleh bertahan selama-lamanya.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda