Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Tanggungjawab komuniti ICT ke arah masa depan berdaya tahan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 SEPT – InfoCom Federation Brunei (IFB) mengingatkan ahli-ahlinya tentang tanggungjawab dalam mengukuhkan landskap ICT Brunei terhadap cabaran wabak COVID-19 di negara ini yang belum pernah berlaku sebelum ini.

    Presiden IFB, Haji Mohd Radziman bin Haji Abdul Rahman menambah, “Pandemik ini menunjukkan kepada kita bahawa kita dalam komuniti ICT mempunyai tanggungjawab untuk membina masa depan yang lebih berdaya tahan.

    “Sebagai peneraju dalam pendigitalan, kita mesti terus mencari cara untuk mengukuhkan ekosistem ICT sebagai persediaan untuk satu lagi gangguan yang mengubah hidup,” ujarnya lagi ketika berucap pada Majlis Makan Malam Amal dan Rangkaian IFB 2022 yang berlangsung di Terindak D’Seni, di sini, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, HajiHairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim bagi mewakili Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Info-komunikasi dan dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan komuniti ICT dan bukan ICT Brunei terdiri daripada ketua pegawai eksekutif serta pengarah urusan.

    Mengimbau kembali cabaran sejak dua tahun lalu akibat COVID-19, Haji Mohd Radziman juga menekankan dedikasi komuniti ICT yang meminimumkan impak disebabkan wabak itu.

    Beliau memuji komuniti ICT atas kerja mereka, menggambarkan mereka sebagai unsung heroes.

    Majlis turut menyaksikan penyampaian sumbangan kepada Yayasan Kanser Kanak-kanak (YASKA) dan Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, dengan masing-masing menerima $3,000.

    Antara yang hadir ialah 10 start-up teknologi yang diberikan peluang untuk berhubung dengan ahli IFB dengan objektif untuk mem-beri peluang bagi pertumbuhan dan perkembangan.

    Haji Mohd Radziman semasa menyampaikan ucapan pada majlis itu.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...