Tangkap ikan keli guna makanan?

Oleh Adiiwira

Salah satu benda utama ketika kita melakukan memancing adalah umpan. Tidak kisahlah sama ada umpan hidup atau tiruan, umpan digunakan sebagai menarik ikan untuk mendekati pancingan kita.

Pada kebiasaannya kaki pancing akan menggunakan umpan seperti cacing, udang hidup, usus ayam dan campuran tepung dengan makanan ayam. Umpan-umpan tersebut dikatakan lebih murah dan jimat serta mudah didekati oleh ikan kerana aroma baunya yang kuat.

Ikan keli merupakan sejenis ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN yang biasanya boleh didapati di kawasan sawah padi dan kuala anak sungai kecil. Mengikut pembacaan penulis, untuk menangkap ikan keli ini cukuplah dengan memasukkan pancing yang sudah diberi umpan dan menanti ikan keli tersebut keluar

dari lubang yang merupakan tempat persem-bunyiannya. Hal ini kerana menangkap ikan keli ini terbilang keunikannya kerana memancingnya harus terus dari lubangnya bukan kawasan perse-kitarannya.

Menggunakan umpan seperti cacing untuk menangkap ikan keli ini sudah biasa kita dengar. Namun terdapat beberapa cara yang dikongsikan oleh kaki pancing dengan cara yang unik iaitu menggunakan bahan makanan. Dalam ruangan ini dikongsikan beberapa makanan yang mampu menangkap ikan keli ini.

Telur itik

Telur itik? Kalau difikirkan secara logik, telur itik ini hanya dijadikan sebagai makanan atau bahan dalam masakan. Namun, sesetengah orang tidak mengetahui bahawa telur itik ini mempunyai aroma bau yang sangat kuat.

Melalui aromanya tersebut dapat dijadikan sebagai penarik perhatian ikan keli. Para kaki pancing perlu ingat bahawa telur itik yang digunakan mestilah yang masih mentah.

Mengikut pembacaan penulis dalam satu entri menjelaskan salah satu channel Youtube dalam menunjukkan cara memancing ikan keli dengan telur itik. Langkah pertama yang dilakukan adalah dengan memecahkan beberapa butir telur itik ke dalam lubang ikan keli.

Telur yang sudah dipecahkan ini kemudian dicampurkan dengan minuman soda. Campuran dalam lubang ini kemudian diaduk menggunakan kayu. Cukup tunggu beberapa saat maka seketika ikan keli akan langsung berhamburan dari dalam lubang. Tak perlu banyak tenaga, ikan boleh langsung dikumpulkan.

Minuman berkarbonat

Selain menggunakan telur itik, bahan seterusnya adalah menggunakan minuman berkarbonat. Minuman berkarbonat yang digunakan oleh para pemancing adalah berperisa kola dan lime.

Menggunakan teknik ini sangat mudah dengan hanya menuangkan minuman ini pada lubang tempat ikan keli tersebut serta tunggu seketika dan ikan keli akan keluar ke permukaan.

Dalam entri yang diperolehi mengatakan bahawa kandungan karbon dioksida dalam minuman berkarbonat mampu membuat ikan keli tersebut sukar untuk bernafas sehinggakan membuat ikan keli tersebut berlompatan keluar dari lubang.