MOSCOW, 10 DIS – Aktivis Rusia hari ini mengalu-alukan tindakan oleh Presiden Vladimir Putin untuk menguatkuasakan satu perundangan untuk mengharamkan haiwan laut, terutamanya ikan paus yang ditangkap untuk membuat persembahan dalam akuarium dan tempat lain.
Gambar 100 ikan paus bersesak-sesak dalam fasiliti terkenal digelar ‘penjara ikan paus’ di timur Rusia telah mencetuskan bantahan antarabangsa pada 2018.
Ikan paus itu, bakal dipindah ke akuarium, dilepaskan selepas kempen oleh kumpulan hak dan pada awal bulan ini Rusia berkata ia telah merobohkan fasiliti rahsia itu.
Pengarah Greenpeace Rusia Sergei Tsyplyonkov telah meminta Putin supaya menghapuskan kelemahan perundangan yang membenarkan penangkapan haiwan laut, kebanyakan mereka dihantar ke akuarium di China.
“Adakah awda mencadangkan pengharaman ke atas tangkapan haiwan untuk hiburan? Ya saya setuju, marilah kita lakukannya,” kata Putin semasa pertemuan dengan majlis hak presiden semalam. – AFP