Tangki minyak meletup, 12 maut

KANO, Nigeria, 14 April – Seramai 12 orang terbunuh dan 16 lagi cedera parah apabila sebuah tangki minyak meletup di utara bandar Gombe, Nigeria, kata polis kepada AFP hari ini.

Pemandu tangki minyak hilang kawalan ketika dia cuba untuk mengelak daripada berlanggar dengan trak lain di sebuah jambatan di pinggir bandar kelmarin.

Tangki itu tumbang dan “mengakibatkan minyak tertumpah kemudian meletup, sehingga menyebabkan kebakaran besar yang membabitkan pengguna jalan raya lain,” kata jurucakap polis wanita negeri Gombe, Mary Mallum.

“Seramai 12 orang rentung, sementara 16 yang lain cedera parah dan dipindahkan ke hospital untuk menerima rawatan,” ujarnya sambil menuduh pemandu yang menjadi antara mangsa terkorban itu memandu dalam keadaan yang laju dan cuai. – AFP