Selepas siasatan selama berbulan-bulan, polis Thailand akhirnya membuat kesimpulan aktres 37 tahun itu meninggal dunia akibat lemas.
Polis turut mendakwa kesemua lima rakannya yang menaiki bot termasuk seorang lelaki yang dipercayai sebagai penasihat mereka didakwa dengan pelbagai kesalahan termasuk kecuaian, berbohong dan menyembunyikan bukti.
Dalam satu sidang media di ibu pejabat Wilayah Polis Wilayah 1 di Bangkok, polis membentangkan ringkasan ringkas siasatan yang telah dilakukan. Ketua Polis, Leftenan Jeneral Jiraphat Phumphichit telah menolak terdapat unsur pembunuhan.
Mereka juga membuat kesimpulan bahawa kematian aktres tersebut disebabkan kecuaian seseorang di atas bot, tetapi tidak mengenal pasti suspek yang mana harus dipersalahkan. Dalam erti kata lain, ia adalah kemalangan.
“Tangmo tidak jatuh ke dalam sungai dengan kecuaian sendiri, tetapi ada seseorang yang menyebabkan kematiannya,” ujarnya. Sementara itu, kenam-enam mereka didakwa seperti berikut, Tanupat Por Lerttaweewit (pemilik bot laju) didakwa memandu secara cuai menyebabkan kematian, memandu bot tanpa lesen, menjatuhkan objek ke dalam sungai, memberi kenyataan palsu, gagal melampirkan nama bot dan memandu bot yang telah tamat tempoh pendaftaran.
Phaiboon Robert Trikanjananun didakwa melakukan kecuaian menyebabkan kematian, memandu bot tanpa lesen, menggunakan bot dengan pendaftaran tamat tempoh dan menjatuhkan objek ke dalam sungai. – Agensi