Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Tania cari lelaki bekerjaya

    Masih hidup sendiri pada usia 37 tahun, pelakon jelita, Tania Hudson sangat berbeza dengan kakaknya, Natasha Hudson yang berkahwin buat kali kelima, baru-baru ini.

    Bagaimanapun begitu, Tania berkata, tidak timbul perasaan tertekan untuk menamatkan zaman bujang.

    Bagi Tania atau nama sebenarnya, Tania Nadira Hudson, dia enggan menamatkan zaman solo semata-mata mahu memenuhi keinginan ramai yang mahu melihatnya berkahwin.

    Sebaliknya, Tania mahu mencari calon suami yang sesuai bagi menjamin kehidupan lebih baik selepas berkahwin.

    Mengulas adakah dirinya berhati-hati mencari calon suami, Tania pantas mengiyakan.

    Tania mahu mencari calon suami yang sesuai bagi menjamin kehidupan lebih baik selepas berkahwin. – Agensi

    “Diakui, saya memang berhati-hati kerana perkahwinan perkara serius dan membabitkan tanggungjawab.

    “Ia bukan hanya kisah gembira sepanjang hayat. Jadi, saya serius soal memilih pasangan hidup.

    “Saya mahu mencari lelaki yang sesuai. Saya bukan mencari lelaki sempurna, kaya, kacak, alim dan seumpamanya kerana itu hanyalah rekaan.

    “Saya juga tidak berani menggunakan platform dalam talian sebagai medium mencari jodoh,” katanya kepada media.

    Bagi Tania, apa yang penting lelaki yang memiliki kerjaya.

    “Tak kisahlah apa jenis pekerjaan, namun seorang yang rajin bekerja, beragama dan mempunyai akhlak baik seperti amanah dan menghormati orang lain.

    “Namun, saya tahu, tiada manusia sempurna atas muka bumi ini,” katanya yang ditemui pada sidang media filem Abang Long Fadil 3 arahan Syafiq Yusof, baru-baru ni.

    Tania berkata, Abang Long Fadil 3 adalah filem pertama memaparkan sisi komedi, berbeza dengan lakonan sebelum ini.

    “Naskhah ini menunjukkan sisi berbeza yang ramai tidak tahu. Orang nampak saya lemah-lembut, tetapi saya seorang yang gila-gila terutama bersama anak-anak saudara ketika di rumah,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...