Tanjung Atiam lokasi baru lihat anak bulan Ramadan, Syawal
LAHAD DATU, 4 Jan – Tanjung Atiam yang terletak kira-kira 136 kilometer dari bandar Lahad Datu bakal dijadikan lokasi mencerap anak bulan Ramadan dan Syawal di Malaysia. Mufti Negeri Sabah Datuk Bungsu Aziz Jaafar berkata Tanjung Atiam merupakan kawasan strategik dengan kedudukan paling timur di Malaysia, menjadikannya sesuai bagi tujuan menentukan hari penting untuk umat


































