Tanjung Manis, Bintulu, Serian kini zon hijau

KUCHING, 8 JUN – Tiga daerah di Sarawak kini bertukar status dari zon kuning kepada zon hijau setelah 14 hari tiada kes positif COVID-19 dicatatkan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan hari ini memaklumka tiga daerah tersebut ialah Tanjung Manis, Bintulu dan Serian.

“Dengan perubahan ini, jumlah daerah berstatus kuning setakat hari ini ialah sebanyak tiga buah dan daerah berstatus hijau ialah sebanyak 37 buah,” menurut jawatankuasa itu.

Untuk rekod, hari ini Sarawak tidak mencatatkan sebarang kes positif COVID-19, menjadi-kan  jumlah keseluruhan kes positif kekal sebanyak 555 kes. – Bernama