BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JAN – Sempena dengan ulang tahun penubuhan yang ke-29 tahun, Tabung Amanah Pekerja (TAP) telah menganjurkan majlis Doa Kesyukuran secara maya pada hari ini.
Hadir secara maya selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, selaku pengerusi Lembaga Pengarah TAP.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin, tahlil dan doa kesyukuran yang dipimpin oleh Haji Muhammad Akhimullah bin Haji Abu Bakar.
Acara diteruskan dengan bacaan doa bagi memohon perlindungan ke hadrat Allah SWT supaya terselamat daripada bala dan penyakit khususnya wabak COVID-19.
Majlis ini juga turut dihadiri oleh ahli-ahli Lembaga TAP, ahli-ahli Panel Pelaburan, Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa Polisi Sumber Tenaga Manusia, Jawatankuasa Pengurusan Risiko dan pegawai serta kakitangan TAP.