Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    TAP ditutup 31 Mac ini

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MAC – Tabung Amanah Pekerja (TAP) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memaklumkan bahawa perkhidmatan kaunter pembayaran, pendaftaran dan pengeluaran di semua cawangannya akan ditutup pada 31 Mac bagi penutupan akhir Tahun Kewangan TAP 2021-2022.

    Kenyataan menyatakan bahawa waktu perkhidmatan bagi kaunter pertanyaan umum dan e-Amanah pitstop ialah bagi cawangan ibu pejabat dan Kuala Belait dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari dan pukul 1:30 petang hingga 3:30 petang, manakala bagi cawangan Tutong dan Temburong dari pukul 8 pagi hingga 11:30 pagi dan dari pukul 1:30 petang hingga 3:30 petang.

    Sementara itu, perkhidmatan online e-Amanah, kiosk e-Info TAP dan Pusat Panggilan TAP akan terus beroperasi seperti biasa pada hari berkenaan.

    Kenyataan menyatakan lagi, bagi ahli Skim Tabungan Perumahan (STP), pembayaran caruman bagi Mac 2022 boleh dibuat melalui perbankan dalam talian selewat-lewatnya pada 31 Mac.

    Perkhidmatan kaunter di kesemua cawangan TAP akan kembali beroperasi seperti biasa pada 2 April jika awal puasa jatuh pada Ahad atau pada 4 April jika awal puasa jatuh pada Sabtu.

    TAP dalam kenyataannya lagi menyatakan bahawa sebarang kesukaran yang mungkin dihadapi adalah amat dikesali dan pihak TAP amat menghargai kerjasama yang diberikan.

    Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan, mereka boleh menghubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2382929 semasa waktu bekerja atau melalui e-mel, ask@tap.com.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...