Tapak Arkeologi ‘Area Sacra’ dibuka untuk pelancongan

ROM – Penggemar sejarah akan boleh menjelajahi peninggalan daripada ‘Area Sacra’ Rom, berkemungkinan melihat kelibat hantu Julius Caesar, setelah tapak tersebut menjadi muzium luar yang terbuka pada tahun depan.

Kerja untuk menyesuaikan tapak arkeologi Largo Argentina untuk pelancong bermula bulan ini, dengan menaiktarafkannya bagi membolehkan kemasukan ke dalam dataran tenggelam yang luas mengandungi peninggalan empat kuil Rom, Datuk Bandar Rom, Virginia Raggi mengumumkannya pada bulan lalu.

Penggalian yang luas terbentang di kawasan bersejarah hanya boleh ditatap dari aras jalan.

“Dengan kerja ini kami akan mula memasuki ke dalam kawasan dan… berjalan di antara bekas-bekas sejarah kita,” katanya semasa sebuah sidang media.

Julius Caesar dipercayai telah ditikam di Curia Pompei, bangunan Senat, bahagian di mana asas batu kapur masih boleh dilihat. Tetapi para pelawat berkemungkinan akan menyedari penjelmaan binatang berkaki empat – iaitu seekor kucing.

Pemandangan tapak arkeologi Largo Argentina. – AFP
Gambar menunjukkan sebatang tiang di tapak arkeologi Largo Argentina di Rom tengah. – AFP

Peninggalan tersebut merupakan kawasan yang dimiliki sebuah koloni terdiri daripada ratusan kucing yang diselamatkan, diberi makan, dibersihkan dan dijaga oleh badan perlindungan tanpa keuntungan swasta, yang berlari-lari menerusi tapak tersebut,bersantai di atas tiang marmar terpenggal atau bergaya untuk gambar-gambar pelancong, kesemuanya tidak tertarik dengan kepentingan sejarah kotak besar yang menjadi tempatnya membuang najis.

Kuil-kuil tersebut, bertarikh di antara abad kedua dan ketiga B.C. termasuk monumen bulat, di mana kepala marmar yang sangat besar sekarang berada di muzium Centrale Montemartini Rom.

Ia ditemui seawal 1926 dalam projek rancangan bandar semasa meruntuhkan rumah-rumah zaman pertengahan sekali gus mendedahkan peninggalan Roman kuno di bawahnya.

Pelancong dialu-alukan

Julius Caesar telah dibunuh pada 15 Mac, 44 BC, oleh senator-senator yang khuatir ia ingin menjadi raja Rom. Ketika di Curia Pompei, di mana senat berkumpul, sebuah kumpulan menerkamnya, menikamnya sebanyak 23 kali.

Di antara mereka ialah kawannya Brutus, membuatkan Julius yang hampir mati menuturkan kata-kata popular yang menurut Shakespeare berbunyi, “Et tu, Brute!”

Kerja di ‘Area Sacra’, yang dijangka akan mengambil masa setahun, akan termasuk laluan pejalan kaki ditingkatkan, diterangi pada waktu malam, lorong jalan kaki, sebuah pengangkat dan kawasan pameran tertutup sepanjang satu bahagian tapak tersebut.

Projek tersebut dibiayai oleh tukang emas Bulgari, dimiliki oleh konglomerat mewah Perancis LVMH, yang telah menyumbang sekitar satu juta euro (AS$1.2 juta). Bulgari merupakan penaja sebelumnya bagi membaiki semula Spanish Steps Rom dan sebuah lantai mozek rumit di dalam Baths of Caracalla.

Kerja penggalian dan persiapan untuk projek tersebut diteruskan walaupun sekatan-sekatan koronavirus pada tahun lepas, tetapi pembukaan yang dijangka untuk tapak itu dalam 2022 diharap akan bertepatan dengan gelombang baharu pelancongan pasca pandemik, kata Raggi.

“Kami bersiap-sedia bagi kedatangan pelancong-pelancong baharu apabila COVID-19 sudah berakhir,” ujarnya.

Tetapi bagaimana mengenai dengan kucing-kucing tersebut?

Bandar tersebut menyatakan ia tidak akan memberi kesan ke atas kawasan ‘di mana kucing-kucing dari Largo Argentina ditempatkan.’ – AFP